Description
PENGENALAN
Belajar Bagaimana Untuk Menulis Kertas Kerja Perniagaan Untuk Tujuan Memohon Pembiayaan dengan menonton video-video pembelajaran yang disediakan khusus untuk para usahawan Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.
OBJEKTIF KURSUS
Berikut adalah objektif-objektif pembelajaran Modul Rangka Asas Kertas Kerja Perniagaan ini:
- Anda akan didedahkan kepada segmen-segmen asas sesuatu Kertas Kerja Perniagaan.
- Anda akan belajar apa yang perlu dimasukkan atau ditulis dalam setiap segmen yang dibentangkan.
- Anda akan kenalpasti beberapa saluran pembiayaan yang popular di negara ini untuk anda cuba pohon pembiayaan untuk perniagaan anda.
MENGENAI JURURUNDING KURSUS
Kursus Asas Kertas Kerja Perniagaan ini akan disampaikan oleh Encik Ahmad Zahirudin Bin Ahmad Fauzi, seorang jururunding perniagaan yang telah ramai membantu para usahawan sejak dari tahun 2009 dalam menulis kertas kerja untuk perniagaan masing-masing. En Zahir adalah seorang usahawan yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam pelbagai bidang, di antaranya bidang teknologi, penerbitan, logistik, tenaga, kejuruteraan dan juga pertanian. Beliau adalah antara individu-individu peneraju yang menulis kertas kerja penubuhan Open University Malaysia, dan beliau telah berjaya membantu beberapa usahawan didiknya untuk meraih pembiayaan dari sekecil RM30,000 hingga RM18 juta untuk perniagaan masing-masing.
Tonton video-video e-pembelajaran tentang bagaimana anda boleh mula menulis Kertas Kerja Perniagaan untuk memohon pembiayaan dari institusi-institusi kewangan di Malaysia.
Reviews
There are no reviews yet.