PENGENALAN
Belajar Bagaimana Untuk Menulis Kertas Kerja Perniagaan Untuk Tujuan Memohon Pembiayaan dengan menonton video-video pembelajaran yang disediakan khusus untuk para usahawan Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.
BIODATA PENGAJAR
Ahmad Zahirudin Bin Ahmad Fauzi adalah seorang usahawan yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam pelbagai bidang, di antaranya bidang teknologi, penerbitan, logistik, tenaga, kejuruteraan dan juga pertanian. Beliau adalah antara individu-individu peneraju yang menulis kertas kerja penubuhan Open University Malaysia, dan beliau telah berjaya membantu beberapa usahawan didiknya untuk meraih pembiayaan dari sekecil RM30,000 hingga RM18 juta untuk perniagaan masing-masing.
OBJEKTIF KURSUS
Di dalam kursus ini, anda akan:
Kenalpasti segmen-segmen asas sesuatu Kertas Kerja Perniagaan untuk tujuan memohon pembiayaan.
Belajar apa yang perlu dimasukkan atau ditulis dalam setiap segmen yang dibentangkan.
Kenalpasti beberapa saluran pembiayaan untuk anda cuba pohon pembiayaan untuk perniagaan anda.